Oh! Tidak
KPM Pertimbang Tukar Jadual SPM Di Luar Musim Tengkujuh, Ini Sebabnya
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyatakan kesediaan untuk mempertimbangkan cadangan menukar waktu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada hujung tahun ke waktu yang lebih sesuai.
Langkah ini berikutan kebimbangan tentang risiko musim tengkujuh yang sering membawa hujan lebat dan banjir.
Cadangan akan diteliti dengan mendalam

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menjelaskan bahawa KPM sentiasa terbuka untuk menerima maklum balas daripada pelbagai pihak, terutama jika ia melibatkan isu yang membimbangkan masyarakat.
LSPM ketika ini jadualnya begitu iaitu pada hujung tahun. Kita berdepan dengan cuaca (hujan dan banjir). Jadi, perkara itu (cadangan menukar waktu SPM) turut diambil kira.
Beliau juga menegaskan bahawa setiap cadangan akan diperhalusi secara mendalam sebelum sebarang keputusan dibuat. Ini bagi memastikan kebajikan pelajar, guru, dan semua pihak yang terlibat terjaga.
Kenapa jadual SPM perlu diubah?

Ketika ini, SPM dijalankan pada akhir tahun tapi musim tengkujuh telah berlaku di kebanyakan negeri di Malaysia.
Situasi ini menimbulkan pelbagai cabaran, termasuk akses pelajar ke pusat peperiksaan yang mungkin terhalang akibat banjir.
Jika cadangan ini dilaksanakan, ia berpotensi memberi lebih banyak masa kepada pelajar untuk membuat persediaan, selain mengurangkan risiko gangguan akibat cuaca buruk. Namun, perubahan ini juga mungkin melibatkan pelarasan terhadap kalendar akademik.
#OhmediaNasihat
Cadangan ini merupakan langkah baik yang menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap pelajar dan cabaran semasa. Sebagai masyarakat, kita perlu menyokong usaha yang memastikan keselamatan dan keselesaan pelajar terjaga. Dalam masa sama, pelajar digalakkan untuk sentiasa bersedia dan tidak terlalu bergantung kepada perubahan jadual sebagai alasan menunda persediaan.

Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM