Semalam tular mengenai satu dakwaan tentang kecuaian yang dilakukan pihak Hospital Melaka. Pendedahan ini dilakukan seorang individu di Facebook yang dikenali sebagai Mohamad Izwan.
Terkini! Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyiasat mengenai dakwaan tersebut. Hal itu juga mungkin berlaku disebabkan prosedur biasa, bukan semua kes boleh diletakkan di bawah ‘medical legal’ dan perkara ini dikatakan sendiri Menterinya, Zaliha Mustafa.
Sebenarnya kita kena tengok juga kes yang bagaimana, bukan semua kes boleh diletakkan di bawah ‘medical legal’ kadang-kadang ia disebabkan prosedur biasa.
Contoh bengkak tangan akibat daripada prosedur injection (suntikan) itu adalah biasa dan kita akan beri rawatan yang sepatutnya kepada pesakit.
Semalam, seorang individu mendakwa anak saudaranya yang berusia kurang dari 2 bulan pergi ke hospital berkenaan mendapatkan rawatan kerana demam campak. Tapi lain pula jadinya selepas doktor meminta untuk lakukan pembedahan mengeluarkan nanah di bahagian tangan yang bengkak.