Oh! Tidak

Keluarga Kanak-Kanak Maut Kebakaran Nafi Terima RM10,000 Daripada Ebit Lew

Published on

Sebelum ini kita dikejutkan dengan satu kejadian di mana empat kanak-kanak maut dalam satu kebakaran di Kampung sabak Awor. Sejak kejadian itu, banyak pihak tampil menyalurkan bantuan kepada keluarga mangsa, termasuklah pendakwah bebas, Ebit Lew.

BACA: 4 Beradik Maut Rumah Terbakar Ketika Ibu Keluar Cari Juadah Berbuka

Bagaimanapun, memetik laporan Harian Metro, keluarga mangsa menafikan dakwaan mereka menerima sumbangan kewangan daripada Ebit Lew sebanyak RM10,000 yang sebelum ini didakwa sendiri Ebit.

Saya tak terima sejumlah wang seperti didakwa itu. Kalau ada pihak boleh bukti, tunjukkan bukti, nak cakap senang. Kalau Ebit Lew bagi duit sejumlah itu dekat saya, tunjuklah kerana saya tidak pernah terima duit sebanyak itu. – Kata suami Nabila Sedu, Hein Ko Htut.

Ada yang kata Ebit Lew sumbang sampai RM100k masuk dalam akaun…

Hein turut menegaskan dirinya sedia untuk disiasat pihak berkuasa selepas ada pihak mendakwa mereka sudah kaya kerana mendapat sumbangan sebanyak RM100,000 daripada Ebit.

Ada tuduhan yang dibuat terhadap saya dan isteri kononnya sudah kaya ada dapat RM100,000 dari pendakwah terkenal dan terus simpan di bank. Kena tunjuk bukti dalam akaun bank saya. Pergilah cari periksa akaun bank saya, tiada masalah.

Tidak perlulah rasanya kita sebagai orang luar menjadi juri atau pengadil dengan apa yang orang lain terima. Doakan sahaja yang terbaik buat mereka sekeluarga agar diberikan kekuatan atas kehilangan anak-anak tersayang.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version