Oh! Tidak

Hutan Bukit Broga Terbakar Berkeluasan 5 Ekar

Published on

Dilaporkan hutan atas puncak 1 Bukit Broga yang sering menjadi lokasi tumpuan orang ramai untuk hiking terbakar malam tadi.

Kebakaran yang berlaku selepas waktu berbuka puasa itu berkeluasan 5 ekar dan kerja-kerja pemadaman giat dijalankan oleh anggota bomba selama lebih lima jam.

Maklumat terbaru daripada pasukan Bomba mengatakan kebakaran berjaya dipadam pada jam 2.30 pagi tadi dan keadaaan sudah terkawal.

Punca kebakaran belum dikenalpasti. Apa-apa pun tindakan pantas daripada anggota Bomba dan Penyelamat Semenyih wajar dipuji bagi memastikan api tidak merebak ke tempat lain.

Kredit: Bomba Semenyih

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version