Oh! Tidak

Dikecam Miskin Adab Gara-Gara ‘Mesej’ Di Parcel, Tuan Rumah Akhirnya Mohon Maaf

Published on

Seorang individu dipercayai tuan rumah tampil memohon maaf selepas tular gambar menunjukkan mesej yang ditulisnya kepada rider penghantar barang.

Di parcel itu, tuan rumah menulis ‘rumah betul-betul follow maps, kalau bodoh tengok maps jangan jadi rider’ membuatkan ramai yang marah.

Tuan rumah dikecam miskin adab

Tindakan itu menyebabkan rumahnya menjadi ‘target’ orang ramai sehingga ada yang edit di Google Maps menulis rumah miskin adab dan rumah bodoh sombong dengan rider.

Berasa menyesal, individu ini menghubungi seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Shahruddin Helmy untuk meminta maaf.

Ikhlas hati mohon maaf

Menurut individu ini, dia mengaku salah menulis pesanan di parcel dalam keadaan emosi. Jelasnya dah banyak kali penghantar barang tersalah hantar parcel ke rumah lain, ada yang langsung tak tiba sedangkan ibunya ada menunggu di rumah.

Dengan seikhlas hati, individu ini memohon maaf dan berharap aibnya tak terus dikongsi. Dia sebagai manusia tak lepas daripada kesalahan dan berharap abang-abang penghantar barang dapat mengampuni dosanya.

Kredit: Facebook Shahruddin Helmy

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version