Oh! Tidak

Dakwaan Pemain Bola Sepak Belasah Girlfriend Di Hotel, Rupanya Bukan Kali Pertama?

Published on

Kecoh diperkatakan di media sosial sejak semalam dakwaan membabitkan bekas pemain bola sepak kebangsaan yang didakwa membelasah teman wanita.

Pendedahan mengejutkan itu dibuat oleh teman wanitanya sendiri di Instagram. Malah, satu laporan polis telah dibuat dan suspek dipanggil untuk memberi keterangan.

BACA: Muat Naik Gambar Kesan Lebam, Bekas Pemain Kebangsaan Didakwa Pukul Awek

Difahamkan, pergaduhan berpunca daripada perselisihan faham dan suspek bertindas ganas sehingga menyebabkan kecederaan di badan mangsa. Suspek juga telah merosakkan telefon bimbit milik mangsa.

Terbaru, teman wanitanya yang merupakan seorang doktor mendakwa rupa-rupanya dia bukanlah mangsa pertama.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Dr Hana Rose berkata, ada pihak mendakwa dia juga dikasari dan dicekik suspek.

Kredit: Instagram Dr Hana

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version