Oh! Tidak

“Dah Arwah Kot” – Didakwa Curi Van Jenazah, Pengerusi NGO Diburu Ramai

Published on

Terbaru, tular di media sosial mengenai sebuah van jenazah yang dikatakan telah dicuri oleh seorang Pengerusi NGO. Wuish, van jenazah pun kena curi?

BACA: Van Jenazah Digunakan Untuk Buang Sampah?

Satu posting telah dimuat naik di Facebook oleh seorang warganet mendakwa presiden tersebut telah meminjam van jenazah daripada pihaknya, namun tidak dipulangkan semula.

Van jenazah curi

Pengerusi NGO, Ida didakwa telah meminjam van tersebut bagi membuat pameran. Namun, dia didakwa tidak dapat dihubungi dan van tersebut tidak dihantar pulang semula.

Dalam pada masa yang sama, pemilik van jenazah itu menawarkan ganjaran buat orang ramai yang mampu memberi maklumat yang sahih mengenai keberadaan van jenazah tersebut.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen berasa terkejut dengan sikap pengerusi NGO tersebut yang sanggup mencuri van jenazah.

Haih, tak sangka van jenazah pun ada yang sudi nak curi.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version