Oh! Tidak

“5 Tahun TTC” – Netizen Korek Pengasuh Dera Bayi Cuba Nak Dapat Anak Sejak Umur 16?

Published on

Sebelum ini, tular satu berita mengenai seorang pengasuh bertindak mendera seorang bayi berusia 11 bulan di sebuah taska swasta terletak di Skudai, Johor.

BACA: Tular Wanita Dera Bayi, Polis Sahkan Suspek Sudah Ditahan 8 Disember Lalu

Terbaru, seorang netizen di media sosial mendakwa wanita tersebut cuba untuk mendapatkan anak sejak berumur 16 tahun? Eh, seriuslah?

Cuba dapat anak

Untuk pengetahuan TTC memberi maksud kepada Try To Conceive, iaitu usaha buat pasangan bagi mendapatkan anak. Namun, menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen agak terkejut dengan sikap wanita tersebut yang sanggup mendera bayi meskipun dalam perancangan membina keluarga.

Menurut kenyataan media Ketua Polis Johor, wanita itu kini berusia 21 tahun telah ditahan reman bagi membantu siasatan bagi kesalahan mendera bayi.

Hm, awal betul ye dalam perancangan dia.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version