Oh! Tech

Ini Apa Yang Dilakukan Pihak Google Selepas Apple Bantu Mangsa Banjir Di Malaysia

Published on

Selepas Apple, nampaknya pihak Google juga tidak ketinggalan untuk menghulurkan bantuan kepada Malaysia yang kini menghadapi bencana banjir besar. Berdasarkan sumber, Google akan menyumbang lebih RM460,000 kepada Malaysia.

Sumbangan pihak Google.org itu tidak diberikan secara terus kepada pihak kerajaan Malaysia tetapi menggunakan dua cara.

Sokongan kewangan Google sebanyak RM420,800 akan disalurkan kepada Center of Disaster Philanthropy (CDP). Mereka adalah organisasi yang hanya fokus kepada bantuan dan pemulihan bencana.

Dana itu kemudiannya akan digunakan CDP untuk diagihkan kepada organisasi tempatan di lapangan yang membantu mangsa yang terjejas.

Cara kedua yang digunakan pihak Google adalah dengan menyumbang RM40,000 kepada Mercy Malaysia. Sumbangan ini lebih menarik kerana ia adalah hasil daripada kutipan dikalangan kakitangan Google.

Kredit: Amanz

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Exit mobile version