Oh! Tech

realme Lancar Tablet Terbaru Dengan Ketebalan Hanya 6.9mm

Published on

realme yang merupakan sebuah jenama pengeluar telefon pintar dan mempunyai peminatnya tersendiri baru saja melancarkan tablet terbarunya yang dipanggil realme Pad.

Tablet ini didatangkan dengan skrin IPS LCD bersaiz 10.4 inci dengan ketebalan hanya 6.9mm. Beratnya pun cuma 440g je dan ini membuatkan pengguna mudah untuk membawanya ke mana-mana saja.

realme Pad ini dikuasakan dengan cip pemprosesan MediaTek Helio G80 yang hadir dengan RAM sebesar 4GB dan storan dalaman sebesar 64GB. Ia juga menyokong slot microSD bagi sesiapa yang memerlukan ruang yang lebih besar.

Tablet ini didatangkan dengan 8MP kamera utama dan 8MP kamera hadapan untuk ciri fotografi. Ia juga hadir dengan bateri berkapasiti 7,100mAh yang dilengkapi dengan 18w pengecasan pantas. 

Menurut laporan Fuzz.my, realme Pad ini ditawarkan dalam dua versi iaitu Wifi 3GB + 32GB dijual pada harga RM789 dan LTE + WiFi 3GB + 32GB dijual pada harga RM900 atau LTE + WiFi 4GB + 64GB pada harga RM1,015.

Mesti ada yang berminat kan? Apapun, tunggu sehingga peranti ini dilancarkan secara rasmi di Malaysia nanti.

Kredit: realme | Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version