Semakin ramai orang yang memiliki akaun Netflix kerana mempunyai pilihan drama dan filem dari pelbagai genre. Sekarang ini, pelanggan Astro sudah boleh menstrim Netflix menggunakan Ultra Box Astro bermula semalam dan menerusi Ulti Box dalam masa terdekat.
Menurut laporan Kosmo, Astro telah memperkenalkan ‘Pengalaman Baharu Astro’ yang melibatkan pakej-pakej langganan baru, meliputi perkhidmatan penstriman yang terkenal seperti Netflix, Disney+ Hotstar, iQIYI, HBO GO dan TVBAnywhere+ yang boleh menjimatkan wang pelanggan.
Pek baharu menuruti citarasa pelanggan
Pelanggan yang mahu menstrim Netflix di Astro perlu melanggan pakej baharu bermula pada harga RM59.99 sebulan. Pengarah Komersial Astro, Azlin Arshad mengatakan bahawa pakej baharu ini direka khas buat mereka yang mahu pelbagai variasi dalam pilihan hiburan setiap hari.
Ia hadir dengan kontrak perjanjian yang cukup fleksibel, sama ada tanpa ikatan tempoh kontrak, 12 bulan atau 24 bulan langganan, terpulang kepada pilihan pelanggan.
Astro juga ingin menjemput pelanggan untuk berdaftar dengan pakej jalur lebar kami untuk menikmati akses Netflix secara komplimentari selama tiga bulan.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Astro & Ketua Pegawai Eksekutif TV Astro, Euan Smith menyatakan bahawa dengan adanya kolaborasi bersama Netflix, secara langsung dapat menambah pelanggan Astro dan Netflix juga memperoleh manfaat melalui akses yang diberikan kepada pelanggan Astro.
Jadi, makin senang la pelanggan Astro nak tengok Netflix dan apps lain lepasni. Dengan satu box je, dah boleh tengok semua benda!