Baru sahaja mengalami kerugian berbillion ringgit akibat masalah yang dialami sebelum ini, Facebook dilaporkan menerima pula denda sebanyak $289 juta. Jumlah denda ini dikeluarkan oleh Lembaga Persaingan dan Pasaran (CMA) atas alasan Facebook gagal memberi kerjasama.
BACA: Pelabur Jual Saham Buatkan Mark Zuckerberg Hilang Lebih RM25 Bilion
Memetik laporan Reuters, pihak CMA telah memulakan siasatan berkenaan pemilikan Facebook ke atas Giphy yang dilihat akan mewujudkan amalan anti persaingan. Disebabkan Facebook tidak membantu dalam siasatan awal, saman telah dikeluarkan.
Pihak CMA sebelum ini meminta Facebook untuk memberikan kemas kini mengenai pematuhan arahan untuk tidak mengintegrasikan operasi Giphy sepanjang proses siasatan. Laporan yang diminta bagaimanapun tidak diberikan Facebook dan CMA turut telah mengeluarkan beberapa amaran.
CMA melakukan siasatan ini kerana Giphy turut digunakan pesaing Facebook seperti Snapchat, Twitter dan TikTok. Sekiranya Facebook memiliki Giphy, ini bermakna mereka boleh menghalang semua pesaing untuk menggunakannya.
Inilah apa yang dikatakan sebagai anti persaingan selepas Facebook boleh menghalang pesaing menggunakan Gif.
Pihak Facebook bagaimanapun menafikan perkara itu dan memaklumkan mereka telah memberi kerjasama sebaik mungkin kepada CMA.
Kredit: Reuters
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.