Penggunaan kecerdasan buatan (AI) kini sudah meluas digunakan oleh rakyat Malaysia sama ada dalam bidang pekerjaan atau pembelajaran.
Hari ini, Perdana Menteri telah melancarkan sebuah laman sehenti iaitu ai.gov.my khusus buat rakyat Malaysia mempelajari dan memahami asas kecerdasan buatan (AI).
Difahamkan, laman ini membolehkan sesiapa sahaja melakukan pendaftaran dan memilih untuk belajar berkenaan dengan kecerdasan buatan ini dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Cina atau Tamil.
Menariknya, platform berkenaan juga turut menyediakan sokongan audio dan juga dalam bentuk Braille bagi memudahkan Orang Kurang Upaya (OKU).
Malah, platfrom AI ini dapat engajar berkenaan sejumlah perkara melibatkan kecerdasan buatan, termasuk meliputi NLP (Natural Language Processing) dan juga CV (Computer Vision).
Sementara itu, kerajaan menyasarkan jutaan rakyat Malaysia akan dapat mengikuti pembelajaran asas ini dan memahami lebih lanjut berkenaan dengan kecerdasan buatan (AI).
Tambahan, pendekatan ini dapat mengubah kehidupan harian pengguna, termasuk impak dari segi pekerjaan dan juga ekonomi.
Wow, menariknya lepas ni lebih mudahlah nak guna AI!