Sebelum ini kami melaporkan bahawa bekas pengasas OnePlus iaitu Carl Pei telah mengesahkan rancangannya untuk melancarkan telefon pintar jenama baru iaitu Nothing.
Menurut laporan Fuzz.my, perkara ini telahpun disahkan dalam acara ‘The Truth’ yang berlangsung semalam. Telefon pintar pertama jenama ini akan menggunakan nama Nothing Phone (1) yang menggunakan sistem operasinya yang berasaskan Android.
Terdapat laporan yang mengatakan gambar yang diperlihatkan dalam acara ‘The Truth’ itu adalah rekaan bahagian belakang telefon berkenaan dengan jenis lutsinar. Pergh! Serius smart gila.
Gambar berkenaan juga menunjukkan telefon pintar ini akan hadir dengan dua kamera belakang dengan rekaan yang lebih kurang sama dengan iPhone Xs.
Apa pandangan korang? Kalau betul rekaan belakang Nothing Phone (1) ni hadir dengan jenis lutsinar, memang gempak gila dan lain dari yang lain.