Oh! Tech

Fahmi Fadzil Umum Pakej 5G Rahmah Dan Insentif Postpaid Rahmah

Published on

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengumumkan berita baik apabila memperkenalkan pakej 5G rahmah dan insentif postpaid rahmah untuk penjawat awam.

Pakej 5G rahmah ini terbuka untuk dilanggan oleh seluruh rakyat Malaysia, iaitu serendah RM60 sebulan untuk pelan data postpaid 60GB.

Untuk 100,000 pelanggan pertama kategori B40 pula, korang boleh dapatkan telefon pintar 5G tersebut dengan harga serendah RM120 je tau. Mana nak dapat? Penjawat awam pula dapat rebat RM10 sebulan untuk pakej langganan postpaid yang sedia ada.

Pakej internet yang lebih murah daripada yang ada di pasaran ini adalah kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan dua syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco).

Jangan lupa dapatkan!

Kredit: Twitter Fahmi Fadzil | Malaysia Gazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version