Oh! Tech

CIMB Benarkan Satu Peranti Berdaftar Sahaja Dapat Akses CIMB Clicks

Published on

Terbaru, syarikat bank CIMB memaklum penggunanya hanya dibenarkan mengakses aplikasi bank itu menggunakan satu peranti berdaftar sahaja.

BACA: Admin Whatsapp Kini Kena ‘Approved’ Individu Nak Join Groups

Penggunaan peranti yang utama itu dikatakan bakal bermula pada bulan April tahun ini.

Peranti utama CIMB

Pengguna perlu nyah-aktifkan salah satu peranti sekiranya mempunyai lebih dari satu peranti berdaftar dengan aplikasi itu. Langkah mudah adalah seperti berikut:

  1. Log masuk ke aplikasi bank menggunakan peranti yang ingin digunakan untuk akses CIMB Clicks.
  2. Setelah CIMB Clicks muncul, ikuti langkah-langkah yang dipaparkan di skrin untuk menyahaktifkan peranti yang lain.
  3. Setelah berjaya menyahaktifkan peranti lain, korang akan terima notifikasi di mana peranti lain itu telah pun dinyahaktifkan.

Hal ini dilaksanakan bagi meningkatkan keselamatan dalam tujuan pengesahan transaksi. Untuk info lebih lanjut, korang boleh tahu di sini.

Kredit: Amanz | CIMB

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version