Selain iPhone siri 13, Apple juga memperkenalkan jam pintar terbaru mereka iaitu Apple Watch 7 di Apple Event semalam. Apa agaknya yang ditambahbaik pada jam pintar mereka kali ini ya?
Rekaan Apple Watch 7 kali ini kelihatan nipis sedikit berbanding model sebelum ini. Kebesaran skrin juga dikatakan lebih besar dan bertujuan untuk memudahkan pengguna.
Bukan tu jer, jam pintar terbaru dari Apple ini juga dikatakan kalis debu dan air. Ketahanan Watch 7 ini juga lebih baik berbanding model sebelum ini.
Untuk bateri, Apple membawakan pengecasan pantas sebanyak 33% lebih laju menggunakan pengecasan magnetik daripada USB Type-C. Kalau sebelum ini, Series 6 hanya menggunakan pengecasan magnetik daripada USB biasa sahaja.
Walaubagaimanapun, Apple Watch Series 7 ini akan mula dipasarankan dalam beberapa minggu lagi. Ada yang upgrade ke tu?