Bukan hanya iPhone 13, iPad generasi ke-9 juga telah diperkenalkan Apple pagi tadi. Ianya juga merupakan iPad yang paling berkuasa ketika ini kerana dilengkapi dengan cip pemprosesan Apple A13 Bionic.
Untuk kamera, iPad terbaru ini didatangkan dengan 12 megapixel kamera hadapan. Ianya sekaligus memudahkan pengguna apabila membuat panggilan video atas urusan kerja, pembelajaran dari rumah dan sebagainya.
Bukan tu jer, kamera hadapannya akan fokus kepada pengguna ketika membuat panggilan video kerana ianya menyokong Center Stage. Spesifikasi selebihnya adalah lebih kurang sama dengan model sebelum ini.
Kedua-duanya hadir dengan storan bermula 64GB. Bagi sesiapa yang berminat, iPad generasi ke-9 ini akan dijual bermula RM1,499 untuk model WiFi dan RM2,199 bagi model WiFi + Celullar.