Menerusi Apple Event yang berlangsung sebentar tadi, Apple telah melancarkan model iPhone mampu milik mereka iaitu iPhone SE 2022. Apa agaknya yang menarik kali ini?
Bagi sesiapa yang masih meminati rekabentuk iPhone generasi lama, inilah pilihan yang tepat kerana iPhone SE 2022 masih menggunakan Touch ID.
Seperti yang dijangka, ia hadir dengan cip yang sama digunakan pada iPhone 13 iaitu A15 Bionic dan turut menyokong rangkaian 5G.
Untuk skrin, ia didatangkan dengan 4.7 inchi Retina HD Display. Model SE terbaru ini hadir dengan 3 pilihan warna iaitu Midnight, Starlight dan juga Red.
Untuk storan, ia ditawarkan dengan pilihan 64GB, 128GB, dan 256GB pada harga bermula RM2099. Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh membuat pra-tempah bermula 18 Mac 2022 ini ya.