Oh! Tech

Apple Dijangka Akan Buang Slot Sim Kad Fizikal Pada iPhone 15 Nanti?

Published on

Seperti kebiasaannya, Apple akan melancarkan iPhone terbaru mereka pada September setiap tahun dan iPhone 14 akan menyusul pada tahun depan. Bagaimanapun, sudah ada beberapa maklumat mengenai iPhone 15 nanti.

BACA : Tesla Jual Wisel Berharga Lebih RM200, Elon Musk Siap Bandingkan Dengan Produk Apple?

Menurut laporan Fuzz.my,  terdapat satu laman portal di Brazil yang menjangkakan siri iPhone 15 Pro nanti tidak mempunyai slot sim kad fizikal. Biar betul?

Disebabkan itu, ianya akan menggunakan sepenuhnya teknologi eSIM. Menariknya, siri iPhone tersebut dikatakan menyokong dua eSIM yang membolehkan pengguna memakai dua nombor dalam satu telefon.

Bagaimanapun, perkara ini masih terlalu awal untuk disahkan lagi. Apapun, tak sabar nak tengok apakah benda baru yang akan dibawakan Apple dalam iPhone terbaru mereka pada tahun depan.

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Exit mobile version