Connect with us

Oh! Media

Pekerja Setia Selama 12 Tahun Terima Hadiah Rumah, Kereta Dan Bonus Raya Dari Majikan Cina

Boss Beri Rumah

Oh! Inspirasi

Pekerja Setia Selama 12 Tahun Terima Hadiah Rumah, Kereta Dan Bonus Raya Dari Majikan Cina

Tular nama seorang ahli perniagaan, Sunny Seow menjadi bualan ramai apabila beri ganjaran dua bulan bonus dan cuti hari raya selama seminggu kepada dua pekerja berbangsa Melayu.

BACA: Guru Sanggup Habiskan Duit Bonus RM2,000 ‘Renovate’ Kelas Demi Keselesaan Murid

Menurut laporan Weird Kaya, dua pekerja melayu itu telah bekerja selama 12 tahun dan Seow mengimbau kenangan permulaan pekerjanya sehingga ke jawatan semasa yang dipegang.

IKLAN

Dua pekerja bermula dengan menerima gaji hanya RM900 sebulan, kini keduanya memperolehi RM5000 sebulan.

Sunny seow

Seow juga berkata dia menjaga kebajikan dua pekerjanya dengan menyediakan perumahan dan pengangkutan yang meningkatkan kualiti hidup mereka dengan ketara.

Mereka baru berusia 16 tahun ketika sertai pasukan saya. Saya juga telah berikan mereka sebuah rumah dan sebuah kereta. Kini, salah seorang daripada mereka mempunyai keluarga dengan dua anak. Saya mengubah hidup mereka, membantu mereka keluar dari kemiskinan.

Saya berterima kasih kepada mereka atas kesetiaan mereka selama 12 tahun ini. Mereka mungkin tidak memperoleh banyak, tetapi mereka masih membuatnya berfungsi. Semoga berjaya kepada mereka!

Hantaran yang dikongsi meraih lebih 1.9 ribu likes dan 113 shares dan rata-rata terharu dan kagum dengan gerak geri Sunny yang baik hati.

Kredit: Weird Kaya

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas