Terbaru, satu video menunjukkan seorang pelajar kembali ke sekolah dengan memakai kasut lusuh telah menarik perhatian warganet.
Bantu kawan
Walau bagaimanapun, momen di mana kawan-kawannya sanggup mengumpul duit demi membeli kasut baru telah menyentuh perasaan ramai. Berdasarkan pemerhatian pada senarai nama, kira-kira 217,000 rupiah (RM63) telah terkumpul bagi membeli kasut baru itu.
Video tersebut telah meraih perhatian ramai dan rata-rata netizen kagum dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar itu.