Oh! Inspirasi
Khairul Aming Tak Ajar Staf Jadi Toksik, Semua Dapat Sama Rata Tak Kira Jawatan
Perkara paling tak best apabila bekerja ialah persekitaran yang toksik dan negatif. Ditambah pula dengan rakan sekerja yang kaki kipas dan suka mengadu domba, ish rimas betul kan?
Ha, persekitaran ini tidak akan ditemui dalam pasukan kerja usahawan terkenal, Khairul Aming.

Menurut pempengaruh media sosial ini, dia mengambil pengajaran daripada pengalaman kerja yang lalu untuk menjadi seorang bos yang diidamkan ramai.
Jadi, dia tidak pernah mengajar stafnya untuk menjadi toksik dan bersaing sesama sendiri. Setiap pekerjanya tanpa kira jawatan akan mendapat kelebihan sama rata.
Dia simple je, saya dulu bekerja juga dengan orang jadi dalam 6 tahun dalam dunia korporat, bila saya duduk di posisi sebagai pekerja.. Saya dah meletakkan impian bos yang macam mana saya nak. Jadi bila kita yang jadi bos, kita kena switch lah. Kita kena jadi bos yang pekerja nak.
Jelas Khairul Aming lagi, satu budaya yang diterapkan di syarikatnya adalah bekerja bersama-sama. Tidak ada pekerja yang bekerja lebih untuk mendapat lebih, dan tidak ada pekerja yang ketinggalan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @drismailsalleh
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM