Oh! Inspirasi

Boss James Berpuasa Pada Bulan Ramadan

Published on

Usahawan dan pempengaruh, Boss James meluahkan rasa syukur apabila berjaya menahan diri dari lapar dan dahaga untuk berpuasa seperti umat Islam yang lain.

Boss James yang kini berada di Taiwan berkongsi detik bangun awal pagi untuk bersahur sebelum memulakan ride bersama rakan-rakannya sehingga waktu berbuka puasa.

Seharian ride dengan kawan-kawan. Tak boleh makan, tak boleh minum. Kena hadap dengan cuaca yang tidak menentu.

Syukur selesai puasa hari pertama, korang jangan malas pergi solat Tarawih. Nampak reaksi wajah beliau yang sangat lega dan teruja semasa sedang berbuka puasa di sana.

Semoga Boss James terus istiqomah dan menjadi inspirasi kepada anak muda untuk terus berpuasa walaupun penat dengan pelbagai aktiviti dan kerja harian.

Kredit: Boss James

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version