Hari ini, dunia politik dikejutkan lagi apabila Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria telah menerima surat tuntutan sebanyak RM5 juta daripada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
BACA: “Lepas Nampak ‘Statement’ Ustaz, Rasanya Aku Lagi Baik” – Netizen Hentam Ustaz Ahmad Dusuki Sebab Fitnah Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim dikatakan telah menuntut ganti rugi sebanyak nilai tersebut bersama dengan permohonan maaf secara terbuka kerana Razman telah menuduhnya menjadi boneka DAP dan mempunyai agenda songsang.
Tuduhan fitnah
Pada Ahad yang lepas, Razman Zakaria telah berkempen di pasar malam Tebuk Pancur dan telah mendakwa bahawa presiden PKR itu mempunyai agenda yang tidak baik iaitu mahu menghalalkan perkahwinan sejenis.
Walau bagaimanapun, menurut pihak MalaysiaKini, Razman telah memberitahu bahawa dirinya masih lagi belum menerima surat tuntutan tersebut.
Kita tunggu dan lihat. Lihat kembali 22 bulan ketika Pakatan Harapan memerintah. – Razman
Surat tuntutan yang dihantar itu menyatakan bahawa kenyataan Pesuruhjaya PAS itu disifatkan fitnah dengan menggambarkan Anwar sebagai orang yang tidak berprinsip dan seorang Muslim yang jahat.
Kredit: MalaysiaKini
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.