Menerusi laporan Utusan, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali dijangka bakal mengangkat sumpah menjadi Ketua Menteri Melaka ke-13 pada Ahad, esok, sempena kemenangan Barisan Nasional (BN) yang berjaya membentuk Kerajaan Negeri.
Barisan Nasional menguasai 21 kerusi
Majlis angkat sumpah akan berlangsung di Istana Melaka, pada jam 1 petang esok, di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.
Menurut keputusan rasmi, BN telah menang besar dengan mendahului 21 kerusi, Pakatan Harapan 5 kerusi dan Perikatan Nasional 2 kerusi. BN telah memperoleh majoriti melebihi 50 peratus daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.
Tahniah diucapkan buat Barisan Nasional. Semoga pemimpin yang berjaya diangkat sebagai ketua menteri menjalankan tugas dengan jujur dan laksanakan tanggungjawab ke atas kebajikan rakyat.