Satu kejutan buat warga Malaysia selepas penceramah bebas, Ustaz Kazim diumumkan bakal bertanding di bawah parti Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.
Perkara itu diumumkan Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi ketika majlis pengumuman calon Barisan Nasional (BN) malam tadi.
Memetik laporan daripada Kosmo, Ustaz Kazim atau nama sebenarnya Datuk Mohd. Kazim Elias diumumkan bakal bertanding di Parlimen Larut yang sebelum ini disandang oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Untuk info, Hamzah menang di Parlimen Larut pada PRU14 yang lalu mewakili Barisan Nasional (BN), namun kemudiannya beliau memutuskan untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).