Baru-baru ini, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengingatkan bahawa perpaduan yang mengikut petunjuk Tuhan sahaja yang membawa keberkatan dunia hingga akhirat.
BACA: “Slogan Menentang Rasuah, Perompak, Lanun Hanya Pura-Pura” – Hadi Awang
Tambahan, Hadi Awang juga memberitahu bahawa perpaduan tanpa petunjuk Allah SWT adalah diharamkan.
Perpaduan yang singkat
Selain itu, Hadi Awang juga berkongsi bahawa konsep perpaduan yang berteraskan ideologi tanpa hidayah hanya bertahan dengan singkat.
Kita menyaksikan ideologi yang memimpin kerajaan perpaduan berasaskan bangsa, ekonomi, sempadan wilayah, kerjasama pertahanan dan keamanan sangat singkat masa bertahannya.
Kenyataan oleh Presiden PAS itu bagaimanapun tidak menyentuh mengenai isu politik semasa.
Kredit: MalaysiaKini
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media