Sebelum ini tular satu video memaparkan beberapa pengundi diarah untuk mengangkat sumpah telah mengundi parti PAS semata-mata untuk mendapatkan bantuan duit tambang balik mengundi, eh betul ke?
Video yang telah tular itu mendapat perhatian daripada pelbagai pihak termasuk Parti PAS Kelantan. Parti itu kemudian menafikan syarat yang dikenakan terhadap pengundi bagi mendapatkan bantuan itu.
Ringankan beban
Menurut Setiausaha PAS Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat, bantuan wang tersebut adalah layak untuk diberikan kepada pengundi di luar negeri yang kurang berkemampuan tanpa mengira parti mana yang diundi.
PAS tak pernah mengarahkan bersumpah atas nama Allah, PAS hanya membantu pengundi yang balik dari jauh bersusah-payah untuk menunaikan tanggungjawab mengundi. Kita (PAS) tidak pernah tanya pun undi parti apa, hanya kita tanya dari mana dia balik ke Kelantan. – Wan Roslan
Presiden Pertubuhan Pertahan Kelantan, Nazman Che Ibrahim juga memaklumkan bahawa syarat mengangkat sumpah dengan nama Allah bagi parti yang diundi itu bukan budaya PAS.
Ia fitnah dicipta lawan untuk memburukkan parti itu. Sumpah undi siapa bukan amalan PAS, itu fitnah ‘desperado’ (golongan terdesak) – Nazman
Hm, kalau macam tu, agaknya apa pendapat pembaca Oh! Media?