Parti Se-Islam Malaysia (PAS) menyeru orang ramai terutama sekali para penyokongnya untuk mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin bagi memudahkan urusan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) untuk ditabalkan sebagai Perdana Menteri Ke-10.
Seruan dibuat PAS itu tular menerusi satu poster yang dimuat naik HarakahDaily di Twitter.
SERUAN SOLAT HAJAT DAN BACAAN SURAH YASIN
Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya ahli PAS, tunaikan solat hajat dan bacaan surah yasin di markas atau tempat masing-masing.
Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya ahli PAS, tunaikan solat hajat dan bacaan surah yasin di markas atau tempat masing-masing.
Untuk makluman, sehingga kini masih belum terjawab teka-teki siapakah yang bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri Ke-10 selepas kedua-dua parti PN dan PH tidak mendapat majoriti yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
Tak kiralah siapa pun yang dipilih nanti, diharapkan mereka mampu untuk menstabilkan semua ekonomi dan perpaduan dalam negara.