Umum mengetahui bahawa isteri kepada bekas Perdana Menteri keenam, Datin Seri Rosmah terlibat dengan kesalahan rasuah projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion di Sarawak.
BACA: “Inilah Cerita Sebenarnya” – Rahimi Buka Mulut Rosmah Jumpa Zahid Hamidi
Hari ini, Mahkamah Rayuan bersetuju untuk menetapkan tarikh rayuan pada 22 dan 23 Jun tahun hadapan untuk mendengar rayuan daripada Rosmah mengenai kes itu.
Bawa ke tahun hadapan
Timbalan Pendakwa Raya, Po Yih Tinn memaklumkan bahawa tarikh itu telah ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Norkamilah Aziz ketika proses kes itu berlangsung secara dalam talian.
Hujahan perlu difailkan pada atau sebelum 22 Mei 2023. Hujahan balas jika ada perlu difailkan pada atau sebelum 7 Jun 2023. Perayu (Rosmah) akan menulis surat rasmi memohon Mahkamah Rayuan untuk menetapkan tarikh bicara rayuan lanjut pada 12 hingga 14 Julai 2023. – Po Yih Tinn
Sebelum ini, Rosmah telah memfailkan petisyen rayuan dengan 127 alasan termasuk mendakwa keputusan Hakim menjatuhkan hukuman terhadapnya adalah berat sebelah.
Kredit: MalaysiaKini
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media