Oh! Negara

Lepas Rina Harun, PM Pula Didakwa Kaut Lumpur Akibat Banjir Acuh Tak Acuh

Published on

Ada sahaja yang tak kena dengan apa sahaja yang dilakukan kebanyakan orang-orang politik sekarang ni. Maklumlah, rakyat dah lalui macam-macam dugaan dan masalah. Sebab itu harapnya orang-orang politik ni tunjukkanlah contoh yang baik supaya sejuk sikit hati rakyat ni.

BACA: Rina Harun Dikecam Guna Waterjet Cuci Simen Bersih, JKM Beri Penjelasan

Ohmedia kata macam ni lepas kecoh isu Menteri Pembangunan Negara, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun yang mencuci kawasan yang terlihat bersih. Walaupun pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dah beri penjelasan, ia tetap tidak berjaya membuatkan netizen berhenti mengecam.

Belum reda isu Rina Harun, tersebar pula video Perdana Menteri

Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri kita pun tak terlepas dari kecaman netizen. Ini selepas tersebar video di aplikasi TikTok menunjukkan, Ismail mengaut lumpur akibat banjir.

Dalam video pendek itu, orang ramai mendakwa Ismail seperti acuh tak acuh mengaut lumpur yang berada di kawasan tersebut kerana beliau hanya mengaut sekali sahaja semata-mata untuk gambar wartawan.

@jason.yew

@JASON ##banjir2021 ##misibantuanbanjir ##ismailsabri ##keluargamalaysia ##dramaking ##foryou

♬ original sound – Arief muhammad

Boleh pula ada suara lelaki yang bersorak sebaik sahaja Perdana Menteri mengaut lumpur tu, haha. Jom kita lihat apa kata netizen dekat ruangan komen.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Exit mobile version