Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, proses pengenalan cuti haid ini bukan sahaja mengenai kesejahteraan wanita semata-mata, tetapi ia juga melibatkan implikasi ekonomi negara.
Ini kerana, pengenalan cuti haid memerlukan penelitian dan libat urus dari pelbagai pihak bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai perkara ini.
Tambah beliau, masalah kewangan yang berlaku dalam kalangan wanita menyukarkan mereka untuk mendapatkan akses tuala wanita ketika haid.
Kementerian berpandangan kajian lanjut perlu dilaksanaknan berhubung subsidi tuala wanita, bagi membolehkan kerajaan mendapat gambaran sebenar berhubung isu ini, khususnya b40.
Selain itu dapatan kajian juga membolehkan satu pendekatan komprehensif bersasar, bagi menangi isu ini, dan kajian itu dijangka siap pada oktober.
Katanya lagi, tindakan selanjutnya akan dilakukan sekiranya jika kajian yang dilakukan terhadap perkara ini didapati mempunyai kepentingan yang signifikan jika diperkenalkan
Jadi bualan dalam kalangan netizen
Dalam pada itu, pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar turut memuat naik hantaran mengenai perkara ini melalui akaun Instagramnya.
Menurut Fizo yang meminta pandangan orang ramai mengenai isu ini seakan tidak bersetuju dengan memaklumkan bahawa negara Malaysia ketika ini merupakan negara yang mempunyai bilangan cuti umum tertinggi di Asia Tenggara.
Perkongsian Fizo itu mendapat respon dari warganet. Ada di antara mereka yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju sekiranya cuti haid itu diperkenalkan.
Mengarut cuti macam ni
Malaysia dah banyak cuti
Orang tak kena, tak tahu
Apa pandangan korang dengan cuti haid yang bakal diperkenalkan ni?