Kecoh di media sosial mengenai semua Adun termasuk Pemimpin Parti Bersatu Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor telah keluar daripada pucuk kepimpinan parti PN.
BACA: Terkini! Semua ADUN Bersatu Sabah Tinggalkan Bersatu
Berita itu telah mendapat perhatian ramai termasuk Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kecewa dengan sikap bekas pemimpin itu.
Tak setia
Muhyiddin menyatakan bahawa beliau berasa kesal dan kecewa dengan sikap mereka kerana gagal menunjukkan kesetiaan dan bertindak untuk keluar daripada parti.
Bersatu Sabah kekal wujud dan berfungsi walaupun mantan Pengerusi Badan Pimpinan Negeri Bersatu Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor, dan pengikutnya mengumumkan keluar parti. – Muhyiddin
Sebelum ini, keputusan Hajiji serta adun yang lain untuk keluar adalah dilakukan atas dasar pertimbangan keadaan landskap politik negara terutama di Sabah.
Kredit: MalaysiaKini
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media