Baru-baru ini bekas Perdana Menteri negara, Dato’ Sri Ismail Sabri telah menyangkal dakwaan bahawa pakej rangsangan sebanyak RM620 bilion tidak mempunyai rekod dalam Penyata Kewangan Kerajaan.
BACA: “Ismail Sabri Juga Pernah Tolak Guna Kereta Kalis Peluru” – Datuk Ruhaidini Abdul Kadir
Ismail Sabri telah menegaskan hal tersebut melalui satu ciapan di Twitter miliknya termasuk memberi penjelasan mengenai satu screenshot yang telah tular oleh individu yang membuat dakwaan tersebut.
Tidak libatkan kerajaan
Menurut ciapan tersebut, Ismai Sabri memaklumkan bahawa perbelanjaan langsung oleh kerajaan adalah sebanyak RM110 bilion sahaja dan ia telah diluluskan secara sebulat suara di Parlimen.
Nilai keseluruhan lapan pakej rangsangan adalah RM530 bilion, di mana sebahagian besar tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan (seperti moratorium pinjaman oleh bank). – Ismail Sabri
Selain itu, individu yang telah menyebarkan dakwaan tersebut telah tampil untuk membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi ruang komen ciapan Twitter tersebut.
Secara konklusi, jangan lupa semak fakta dahulu sebelum sebar ke media sosial ya.
Kredit: MalaysiaKini
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media