Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim telah berjumpa dengan beberapa menteri yang telah hadir untuk mesyuarat khas kabinet di Putrajaya pada hari ini.
BACA: Pengumuman Kabinet: Anwar Sebagai Menteri Kewangan, Zahid Hamidi, Fadillah Yusof Sebagai TPM
Anwar Ibrahim dikatakan telah berjumpa dan sempat bergurau dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mat Sabu. Oh, gurau apa tu?
Krisis bekalan telur
Anwar Ibrahim sempat mengusik sebelum bersalaman dengan Mat Sabu dan mengatakan ‘tiada telur’ dalam loghat utara yang memberi maksud kepada kekurangan bekalan telur ayam di pasaran.
Ini telur takdak – Anwar Ibrahim
Sejak minggu lepas, krisis bekalan telur ayam telah dilaporkan dan bahan masakan itu masih sukar didapati di pasaran di seluruh negara hingga kini.
Kredit: MalaysiaKini
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media