Sebut je ayam goreng berempah mesti ramai yang membayangkan nasi kukus atau nasi lemak kan? Ayam yang penuh rempah digoreng rangup dan isinya yang lembut membuatkan majoriti menggemari menu ini.
Aroma bahan perapan ketika menggoreng sekaligus membangkitkan lagi selera ramai. Meleleh air liur dibuatnya.
BACA: Resepi Mi Celup Thai Macam Kedai Siam, Tak Cukup Semangkuk!
Bagi yang nak cuba sendiri menu ini di rumah, apa kata korang cuba resepi yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai Mek Nor ini. Difahamkan Mek Nor adalah pengusaha restoran dan dia telah menggunakan resepi ini bertahun-tahun mencari rezeki buat keluarga.
Selamat mencuba. Awak pakailah resepi saya ni saya halalkan. Awak boleh buat berniaga, awak boleh besarkan anak-anak. Janji jangan putus asa dan usaha. Pasti berjaya. Gunalah resepi saya, saya halalkan dunia akhirat.
Malah, Mek Nor menghalalkan sesiapa yang menggunakan resepinya untuk berniaga.
Bahan-bahan
Serai 5kg
Kunyit 1.5kg
Halia 3kg
Lengkuas 3kg
Bawang putih 3kg
Ketumbar 1kg
Jintan manis
Garam
Serbuk perasa
Kelapa parut 1kg (untuk pastikan serdak-serdak lagi rangup dan berlemak)
Tepung beras (untuk pastikan rempah melekat pada ayam)
Telur itik
Cara-caranya
Mula-mula kisar serai, kunyit, halia, lengkuas dan bawang putih sehingga lumat. Ketumbar dan jintan manis dikisar berasingan, pastikan tidak terlalu hancur.
Masukkan bahan-bahan kisar di dalam bekas berisi ayam. Selepas itu masukkan kelapa parut, tepung beras, garam, serbuk perasa dan telur itik. Gaul dan perap seketika.
Menurut Mek Nor, resepi yang diberikan hanyalah bahan asas. Dia sebagai peniaga memang sediakan bahan dalam kuantiti banyak sekaligus. Tetapi bagi individu yang masak dalam kuantiti sedikit, diharapkan pandai-pandailah sukat sendiri bahan-bahan. Selamat mencuba!
Kredit: TikTok @zainonjohan
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.