Haa, korang yang dah berkahwin tu. Masa majlis akad nikah, berjalan lancar tak? Kebanyakkan pengantin tak kira lelaki atau wanita, mesti akan berasa malu dan gemuruh.
Macam apa yang dilalui pasangan yang tular di TikTok di mana pengantin lelaki dilihat gementar ketika ingin menyarungkan cincin ke jari pasangannya.
Pengantin lelaki itu turut dilihat menggunakan tisu sebagai alas ketika memegang isterinya selain mengambil masa lebih 2 minit untuk selesaikan acara batalkan wuduk itu.
Alahai pengantin ni malu-malu pula. Pertama kali jumpa yang macam ni.
Keadaan itu turut memaksa seorang makcik membantu pengantin lelaki dengan menghulurkan tangan pengantin perempuan bagi mempercepatkan acara.
Tapi masa kucup dahi, boleh tahan juga pengantik lelaki ni ya?
Bagaimanapun, apa yang yang menjadi perhatian netizen ialah apabila ketika sesi mengucup dahi pengantin perempuan, pengantin lelaki itu malah mengucup sebanyak dua kali tanpa tersipu-sipu malu.
Meninjau di ruangan komen, netizen telah meluahkan rasa kurang senang dengan pengantin lelaki tersebut kerana seolah-olah melengahkan masa.
Apapun, kita sebagai orang luar yang tidak ada kena mengena dengan mereka, biarlah sebab jika ia berlaku dalam ahli keluarga kita, mesti saat tu akan jadi memori lucu yang akan dikenang.