Oh! Lifestyle

Netizen Kagum Lihat Wanita Berhijab Tawan Puncak KLCC. Ramai Cuba Teka Jumlah Gaji

Published on

‘Akan aku tawan puncak KLCC untuk buktikan cintaku padamu’, berbunga-bunga betul ayat hang nak pikat awek tapi betul ke berani nak tergantung dekat puncak KLCC tu? Haha!

Ohmedia sebenarnya kagum tengok keberanian seorang wanita yang baru-baru ni tersebar dekat TikTok, dilihat sedang tergantung di puncak Menara Berkembar Kuala lumpur.

Digelar sebagai ‘Iron Lady’ oleh pemilik TikTok @siva_wwc6, wanita berhijab itu dikatakan sedang melakukan tugas baik pulih di puncak menara dengan ketinggian 88 tingkat.

@siva_wwc6

Iron Lady spotted.

♬ Do I Wanna Know – Radio Tyrant

Iron Lady ini juga bergelar sebagai seorang ibu…

Wanita ini bernama Maya Sidek dan berdasarkan perkongsiannya di Instagram, dia merupakan seorang Rope Access Technician dan juga Non-Destructive Testing Technician.

Rata-rata yang melihat keberanian Maya rasa kagum kerana ia dapat memecahkan stereotaip dan stigma masyarakat kepada wanita. Ada juga yang tertanya-tanya berapakah bayaran untuk tugas yang bukan semua orang mampu buat ni.

Kalau setakat gaji RM5,000 ke RM8,000 memang tidak lah. Mesti berpuluh-puluh ribu sesuai dengan kerja yang dilakukan.

Apapun, kaum wanita memang hebat-hebat dan semoga apa yang dilakukan Maya ini dapat menjadi inspirasi kepada semua.

Kredit: TikTok | Instagram

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version