Oh! Lifestyle

Kesuburan Kaum Lelaki Di Malaysia Pada Tahap Merisaukan

Published on

Wahai kaum lelaki, jagalah kesihatan diri dan tahap kesihatan batin anda! Ohmedia nasihatkan ini selepas mendengar hujah dari Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu.

BACA: 5 Herba Semula Jadi Ini Beri Manfaat Kesihatan Luar Biasa

Dalam hujah itu, data ujian analisis sperma makmal Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia mendapati kesuburan kaum lelaki di negara ini membimbangkan selepas sebanyak 60 peratus menunjukkan keputusan abnormal.

Kadar kelahiran juga menurun…

Perkara berkenaan secara langsung menyumbang kepada peningkatan masalah kesuburan dalam pasangan berkahwin di Malaysia.

Pada masa yang sama kadar kelahiran di negara kita juga menunjukkan trend penurunan sejak 40 tahun lepas dan ia berkait rapat dengan kadar kesuburan dengan data 2021 Jabatan Perangkaan Malaysia yang menunjukkan 1.7 orang anak bagi setiap wanita berkahwin.

Aiman Athirah berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai tentang tindakan kementerian dalam menghadapi penurunan kadar kelahiran di negara ini, pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini.

Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version