Menurut Harian Metro, walaupun negara ketika ini berada pada fasa peralihan endemik, statistik menunjukkan penurunan kes jangkitan Covid-19 sejak beberapa hari yang lalu disebabkan atas beberapa faktor.
Menurut Presiden Persatuan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim) Dr Boi Saidi Abdul Razak, pengambilan vaksinasi yang tinggi di dalam negara pada masa ini merupakan antara faktor yang menyumbang kepada penurunan jangkitan Covid-19.
Pengambilan vaksin membantu seseorang individu itu untuk mempunyai daya ketahan yang tinggi dalam melawan virus berkenaan selepas statistik menunjukkan hampir 80 peratus orang yang telah menerima suntikan dos yang kedua dan sebanyak 48.6 peratus yang telah menerima dos penggalak.
Imuniti alami membantu melawan virus Covid-19
Tambahnya Dr Boi Saidi lagi, individu yang pernah dijangkiti virus Covid-19 mempunyai imuniti alami dalam badan mereka yang menyebabkan mereka mempunyai daya tahan melawan virus.
Bagi mereka yang pernah dijangkiti, badan mereka mempunyai imuniti alami, di mana kalau ada varian lain menyerang, tahap imuniti kita tinggi
Selain itu, kuarantin kendiri di rumah juga membantu menurunkan kes harian. Dasar kerajaan ketika ini, Covid-19 tahap satu dan dua perlu menjalani kuarantin kendiri
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tentang penurunan jangkitan harian pada tahap 10,000 sejak tiga hari lalu.
Walaupun negara sedang berada dalam fasa peralihan ke endemik, penulis nak ingatkan agar kita terus mematuhi SOP supaya dapat sama-sama kita bendung penularan jangkitan Covid-19.