Kebiasaannya bagi mereka yang mempunyai kucing peliharaan yang mudah dijangkiti penyakit seperti kurap atau fungus, kita akan terus bawanya ke klinik veterinar untuk mendapatkan rawatan.
Di klinik, doktor akan memberi ubat sapu untuk mengubati penyakit berkenaan pada kucing anda.
Namun, kucing peliharaan kita selalunya lebih gemar untuk menjilat ubat sapu berkenaan dan ini boleh mendatangkan bahaya kepadanya.
Untuk lebih selamat, anda boleh mencuba ramuan buatan sendiri ini bagi mengubati kurapa pada kucing kesayangan anda.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Kunyit hidup
Minyak kelapa atau minyak kelapa dara
Cara Membuatnya:
Basuh kunyit hidup bersih-bersih, hiris nipis dan keringkan dengan tisu
Masukkan hirisan kunyit dalam botol kosong
Tuangkan minyak kelapa ke dalam botol, sukatan hanya agak-agak sahaja
Tutup botol dengan kemas dan biarkan selama dua minggu
Sedia untuk digunakan. Sapukan pada luka si bulus anda
Banyak Khasiat
Banyak kelebihan yang ada pada kunyit dan minyak kelapa untuk merawat penyakit kulit ringan.
Satu kajian menyatakan kunyit bersifat antibakteria dan antikulat terhadap kulat dermatophyte iaitu kulat yang menyebabkan kurap.
Tambahan, minyak kelapa selalu digunakan untuk melembapkan kulit dan mencegah jangkitan kulat.
Jom kita cuba tip mudah ini pada kucing kesayangan anda, selamat mencuba!