Oh! Lifestyle

Dikritik Baju Melayu Harga Mahal, Ini Penjelasan Sebenar Rizman Ruzaini

Published on

Nama pereka fesyen, Rizman Ruzaini menjadi hangat disebabkan harga baju Melayu yang ditawarkan olehnya mencecah RM1,499. Wuish, betul ke ni?

BACA: “Macam Hina Sangat Natasha Gayakan”, Ini Respons Balas Buat Rizman

Harga yang dianggap mahal itu telah menjadi bualan dan kritikan orang ramai kerana dianggap tidak masuk akal.

Baju Melayu Rizman Ruzaini

Tidak cepat melatah, Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil memberi penjelasan mengenai harga yang dikenakan itu. Mereka mengatakan baju Melayu yang menampilkan Hael Husaini menjadi permintaan ramai dan licin terjual dalam tempoh kurang dua minggu.

Jadi, pelanggan boleh memilih mengikut citarasa dan kesesuaian serta ikut kemampuan. Tak ada isu mahal pun sebab memang ada market dan pembeli. Setiap tahun pun baju Melayu yang sold out paling awal. – Rizman Nordin

Ruzaini juga menjelaskan baju Melayu yang dikatakan mahal itu habis dijual kerana dibuat dalam kuantiti yang sedikit.

Rangkaian pakaian ‘luxe’ ni tak dikeluarkan banyak kerana bersifat eksklusif. Pembeli baju beribu-ribu ringgit ini pastinya tak nak sama dengan orang lain, jadi kita buat dalam kuantiti sedikit sekitar 500 ke 1,000 pasang sahaja. – Ruzaini Jamil

Sebelum ini, satu posting di Twitter menjadi tular apabila rata-rata warga media mengkritik harga yang dikenakan atas baju Melayu tersebut.

Tak apa, mungkin kita sebenarnya bukan target marketing mereka.

Kredit: Twitter | Xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version