Terbaru M Muniamah, ibu kepada Muhammad Mikhael Sathayah tetap mengaku lelaki tersebut merupakan anaknya walaupun berbeza agama.
Anak yang sama
Menurut ibu berusia 72 tahun itu, agak sukar untuk menerima keputusan anak kesayangannya menukar agama. Namun dirinya tetap berlapang dada menerima anaknya seadanya.
Tetapi jika dia gembira saya juga gembira kerana sebelum ini anak tidak gembira dan selalu susah hati. Jadi jika itu pilihannya saya terima asalkan dia gembira dalam kehidupannya. Malah sehingga kini walaupun sudah menukar agama dia masih anak saya yang dulu, menyayangi dan menjaga kebajikan saya.
Dalam pada masa yang sama anaknya, Mikhael berkata Ramadan kali ini lebih bermakna apabila lebih ramai rakan di media sosial menyayangi ibunya serta lebih berpeluang untuk mendalami Islam.
Setiap tahun Ramadan adalah bermakna tetapi kali ini lebih bermakna kerana ramai yang menyayangi mak. Saya berterima kasih dengan semua doa serta sokongan diberikan kepada kami.
Sebelum ini, pasangan anak beranak ini menjadi tular di platform TikTok tentang video Mikhael yang berpakaian seolah-olah gangster tetapi rupanya ‘anak mak’.