Connect with us

Oh! Media

Pemuda ‘Merangkak’ Belajar Solat Di Masjid Undang Sebak Netizen

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Oh! Inspirasi

Pemuda ‘Merangkak’ Belajar Solat Di Masjid Undang Sebak Netizen

Tular di media sosial baru-baru ini apabila sebuah video memaparkan seorang pemuda sedang belajar solat di sebuah masjid di Kuala Lumpur.

Dalam video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok, pemuda tersebut yang memakai baju ungu, dilihat sedang belajar cara solat dengan bimbingan seorang lelaki berjubah putih di sebelahnya.

Pemuda ini dengan penuh tekun mengikuti setiap pergerakan seperti rukuk dan sujud.

IKLAN

Di ruangan komen, ramai netizen memuji keberanian pemuda tersebut yang tidak malu untuk belajar tentang agama, malah ada yang mendoakan agar urusannya dipermudahkan dan dia terus istiqamah memperbaiki diri.

#OhmediaNasihat

Apa yang ditunjukkan pemuda ini turut memberi peringatan kepada kita yang tidak terlambat untuk berubah. Jangan malu untuk belajar sesuatu yang baik, terutamanya bila ia melibatkan ilmu agama. Apa yang penting, kita terus berusaha untuk jadi lebih baik dari hari ke hari.

Jika korang sedang berdepan dengan kesulitan atau ada rasa kekurangan dalam hal agama, jangan takut untuk bertanya atau belajar. Semoga kita semua dapat terus berusaha mendekatkan diri kepada Tuhan.

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas