Selepas 2 tahun setengah lamanya jemaah dihalang untuk menyentuh Kaabah akibat pandemik Covid-19, terkini Arab Saudi memutuskan untuk mencabut penghalang di keliling Kaabah.
Perkara itu diumumkan oleh Presidensi Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais pada semalam (2 Ogos 2022).
Kaabah sebelum ini dilarang untuk disentuh pada Mac 2020 bagi membendung penularan virus itu.
Kredit: Twitter
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.