Beberapa hari ini negara digemparkan dengan isu panas melibatkan kedai serbaneka jenama KK Mart yang dilaporkan menjual stokin yang tertera nama tuhan. Perbuatan tersebut jelas menghina agama Islam.
Walaupun Chairman KK Mart, Datuk Seri Dr. Chai Kee Kan telah mewakili KK Mart untuk memohon maaf, umat islam di negara tetap ingin memboikot jenama tersebut kerana meletakkan nama Allah dikaki adalah satu tindakan yang sangat biadab dan tidak boleh dimaafkan.
Terbaru pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki juga mengatakan wajib untuk memboikot perniagaaan yang mencaci agama.
Kesimpulannya kuasa besar pembeli di Malaysia datang dari kalangan Muslim. Sekiranya anda menghina atau mencaci agama Islam, anda harus terima padahnya.