Connect with us

Oh! Media

Malaysia Lancar ILMU, AI Buatan Tempatan Yang Bakal Saingi ‘ChatGPT’

Ilmu Ai Ytl

Oh! Geekz

Malaysia Lancar ILMU, AI Buatan Tempatan Yang Bakal Saingi ‘ChatGPT’

Bukan sekadar LLM biasa namun direka khas untuk rakyat Malaysia

Pada 12 Ogos lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan ILMU (Intelek Luhur Malaysia Untukmu) iaitu sebuah penciptaan model bahasa besar (LLM) yang telah dibangunkan sepenuhnya di Malaysia.

Program ini telah dirintis oleh YTL AI Labs dengan kerjasama Universiti Malaya (UM), ILMU menyatukan kepintaran teknologi dan kekayaan bahasa Malaysia, dengan prestasi dunia yang membanggakan, sekali gus membuka lembaran baharu aspirasi AI negara.

ILMU mampu fahami budaya dan identiti Malaysia

Menerusi laporan daripada Berita Harian, YTL AI Labs berkata, ILMU bukan sahaja mampu memahami teks, suara serta imej, malah lebih dekat dengan konteks budaya dan bahasa tempatan.

IKLAN

ILMU mempunyai beberapa ciri yang berbeza dengan LLM lain, antaranya teknologi itu selaras dengan budaya Malaysia, iaitu fasih dalam bahasa Melayu, ‘Manglish’ (bahasa Melayu dan Inggeris) dan dialek tempatan, seperti Kelantan.

ILMU juga menguasai gaya pertuturan, cara berinteraksi serta corak soalan rakyat Malaysia, sekali gus ini dapat membantu memperkecilkan jurang digital.

Dengan mengangkat kepentingan negara sebagai asas, berpaksikan keselamatan serta tadbir urus data yang berwibawa, ILMU tampil sebagai simbol keyakinan baharu penggunaan AI dalam pelbagai sektor.

ILMU setanding Chatgpt, DeepSeek dan Llama

Kredit foto YTL AI Labs

Menurut YTL AI Labs, ILMU mencatat pencapaian tertinggi dalam ujian pemahaman bahasa Melayu, membuktikan keupayaan yang mengatasi Llama 3.1 bagi tugasan dunia sebenar serta setanding dengan GPT-4o dalam melaksanakan arahan kompleks.

Ia dibina di atas infrastruktur nasional, dihoskan di YTL AI Cloud, memberikan prestasi bertaraf perusahaan, kebolehskalaan dan pengekalan data tempatan. ILMU mempunyai prestasi bertaraf global, setanding dengan model global terkemuka seperti GPT-4, DeepSeek dan Llama.

ILMUchat bakal dibuka kepada pengguna mulai 16 September ini bersempena Hari Malaysia. Orang ramai dialu-alukan menjadi antara yang terawal mencuba dengan mendaftar di www.ilmu.ai

Inisiatif pelancaran ILMU ini memang sesuatu yang patut dibanggakan sebab ia dibangunkan sepenuhnya di Malaysia. Cuma, kita berharap projek ni betul-betul dapat dimanfaatkan rakyat dan bukan sekadar gah pada nama sahaja.

Kredit: Berita Harian & YTL AI Labs
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas