Oh! Gear

Yamaha Lancar Y16ZR ABS 2024 Bermula Dengan Harga RM11,398

Published on

Khas buat peminat motor jenama Yamaha!

Baru-baru ini, Hong Leong Yamaha (HLYM) telah melancarkan model Y16ZR ABS 2024 dan terbuka untuk pasaran Malaysia dalam satu acara yang berlangsung di Starhill, Bukit Bintang.

Model Yamaha kali ini dipasarkan dengan tiga warna menarik iaitu Violet Knight, Ocean Neon dan Mag Grey. Wow cun betul semua warna ni!

Sementara itu, Yamaha Y16ZR ABS 2024 boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha bermula akhir Januari ini dengan harga jualan bermula dari RM11,398.

Spesisfikasi Yamaha Y16ZR ABS 2024

Jangan risau spesifikasi yang asas masih dikekalkan, hanya penambahan ciri keselamatan brek anti-kunci (ABS) saluran tunggal, diikuti dengan rotor brek yang lebih besar pada roda hadapan.

Menarikya, Y16ZR turut tampil dengan rupa yang lebih sporti dan agresif, terima kasih kepada komponen reraup hadapan baharu berserta dengan visor hadapan.

Tambahan, model ini masih lagi mengekalkan nadi silinder tunggal 155 cc dengan teknologi VVA (Variable Valve Actuation) dengan kuasa setinggi 17.7 hp atau 9,500 rpm dan daya kilas 14.4 Nm @ 8,000 rpm, dipadankan dengan kotak gear enam nisbah kelajuan.

Bukan itu sahaja, Y16ZR ABS 2024 turut dilengkapi dengan sistem klac Assist & Slipper yang mampu menawarkan penukaran gear yang lebih lancar.

Dalam pada itu, kapasiti tangki bahan api masih lagi kekal 5.4 liter, sementara tinggi pelana adalah sekitar 795 mm.

Untuk pengetahuan korang, segala info penting akan dipaparkan menerusi skrin digital LCD latar negatif, diikuti dengan sistem kunci pintar.

BACA: Yamaha RAYZR 125 Fi MotoGP Edition (2023) Dipasarkan Dengan Harga RM5.2k Sahaja

Terdahulu, Yamaha Motor India melancarkan skuter hibrid Yamaha RAYZR 125 Fi MotoGP Edition (2023) untuk pasaran negara itu. 

Kredit: Careta

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Exit mobile version