Malam tadi Boon Siew Honda telah melancarkan ‘kapcai’ baru iaitu RS-X. Sebenarnya, model ini telahpun ada di negara lain dan kini ianya telahpun masuk ke pasaran Malaysia secara rasminya.
Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu merah yang dipanggil Trico Edition, biru yang dioanddil Candy Caribbean Blue Sea dan kuning yang dioanggil Lemon Ice Yellow. Warna merah tu yang paling menawan rasanya.
Ianya didatangkan dengan enjin Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 149.16ccDOHC penyejukan cecair bersama teknologi PGM-FI dengan 15.8hp dan tork sehingga 13.6Nm. Untuk transmisi, ia hadir dengan klac manual 6-kelajuan.
Terdapat sistem brek anti-kunci (ABS) pada sistem brek hadapan dan brek cakera tunggal biasa pada sistem brek belakang. Untuk suspensi, ia didatangkan dengan fork teleskopik di depan dan monoshockdi belakang. Motosikal ini mempunyai tangki sebesar 4.5 liter.
Boleh lawan ysuku tak design dia? Mesti ramai yang nak tahu harga dia kan? Menurut laporan Pandu Laju, Honda RS-X ini dijual pada harga RM8,688 tidak termasuk insurans dan caj pendaftaran. Ngam tak ngam?